Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri kelantan akan aktifkan 467 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu untuk membantu agensi keselamatan yang terlibat sekiranya berlakunya bencana banjir di kawasan mereka.
Semua kawasan KRT ini siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim monsun timur laut yang dijangka bermula November ini.